Khamis, 3 September 2009

Harga Minyak Naik Lagi




(Harga petrol RON95 ditetapkan kepada RM1.80 seliter disebabkan kenaikan subsidi yang perlu ditanggung kerajaan)-kosmo online

Inilah fenomena akhir zaman bilamana ummahnya akan disibukkan dengan permasalahan konduksi yang dicaturkan oleh pihak-pihak tertentu. Adakah ini suatu agenda ataupun permainan politik semasa..? Sebagai masyarakat dan pengguna, saya pasti tersentak dengan pengumuman yang menyatakan harga emas hitam bagi kegunaan harian masyarakat Malaysia khususnya, akan dinaikkan mengikut klasifikasi tertentu.


Apakah motif disebalik kenaikan harga emas hitam ini..? seperti yang diulas oleh pemimpin nombor satu negara iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya "kerajaan komited untuk memberikan subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol yang dijual kepada rakyat. "Janji kami kepada rakyat ialah subsidi 30 sen tetapi subsidi itu pada masa ini lebih daripada 30 sen. Jadi perlu ada sedikit penyesuaian,".


Ucapan ini dirakam oleh pemberita dalam satu majlis pertandingan lagu satu Malaysia yang berlangsung di Bangunan Putra Perdana semalam. Apakah hanya disebabkan kelebihan subsidi ini menyebabkan harga petrol semasa di Malaysia juga meningkat...? Ataupun ada sebab musabab lain disebalik peningkatan harga pasaran semasa ini..? Kemungkinan juga ini adalah merupakan hadiah sempena sambutan hari kemerdekaan tanahair yang ke 51.


0 Cadangan:

Catat Ulasan