Rabu, 2 September 2009

Gejala Keruntuhan Akhlak Dikalangan Ummah Akhir Zaman


Tatkala Ramadhan menjelma, kita sering disajikan dengan berita-berita dari akhbar tempatan yang berkisar mengenai umat Islam tertangkap disiang hari kerana didapati tidak berpuasa. Mereka bukan sahaja tidak berpuasa, malahan turut berkongsi tabiat buruk tersebut di tengah-tengah khalayak tanpa segan silu. Bak kata pepatah, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua". Begitulah sandiwara bodoh masyarakat kita hendak lagi umat Islam seaqidah kita yang semakin hari semakin hilang rasa hormat dan rasa takut dalam meninggalkan kewajiban ibadah berpuasa yang telah dituntut oleh Allah swt kepada setiap hambanya.


Bertambah memalukan, kejadian sebegini adalah gelaja tahunan segelintir umat yang tinggal di dalam sebuah negara Islam. Walaupun pihak berkuasa telah memainkan peranan mereka dalam membenteras gejala haram ini, namun masih wujud "malaun-malaun" yang tidak bermoral tanpa sebarang rasa penyesalan melakukan maksiat yang pastinya ditegah oleh Islam.

Tiada lagi rasa malu kepada Sang Pencipta, malah turut tidak menghiraukan masyarakat sekeliling untuk melakukan maksiat terang-terangan ini. Apakah kita selaku insan yang beragama Islam hanya mampu sekadar menggelengkan kepala tatkala membaca artikel sebegini..? adakah sehingga ianya terpalik kepada kita tatkala keruntuhan moral ini berlaku di dalam keluarga kita..? Marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam mencegah kemungkaran yang pastinya ia adalah tugas kita selaku saudara seagama.


0 Cadangan:

Catat Ulasan