Sabtu, 5 September 2009

Sikap Segelintir Golongan Agama Mutaakhirin


(Sekadar Gambar Hiasan)

"Mengapa perlu ada golongan yang suka mencari dan meneliti kesalahan orang lain..?"
. "Adakah golongan yang sebegini merasakan diri mereka dah cukup sempurna untuk menjadi seorang khalifah di atas muka bumi Allah swt ini..?". "Golongan sebeginikah yang digelar Ulama..?". "Ataupun adakah Islam itu sendiri yang mengesa umatnya untuk mencari kesalahan orang lain..?"


Kenapa saya timbulkan persoalan demi persoalan seperti berikut..? Sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan bersama kalian adalah mengenai segelintir golongan ilmuan bidang agama (standard degree jer) yang mana mereka ini suka menyerang saudara-saudara mereka yang juga merupakan ahli golongan ilmuan bidang tersebut, biarpun mereka ini adalah merupakan dari kalangan pemegang ijazah khususnya, bilamana mereka ini ditaklifkan untuk berkongsi ilmu bersama masyarakat, pastinya tidak lekang dari melakukan kesalahan-kesalahan kecil dalam penyampaian mereka yang saya yakin ianya tidak mereka sengajakan.


Namun, kewujudan segelintir lainnya dari puak mengaji agama juga, tabiatnya suka membidas kesalahan-kesalahan yang tidak disengajakan ini dengan cara terbuka. Sepatutnya, adab orang menegur akan kesilapan saudaranya adalah dengan cara "bilhikmah" (beradab), bukan dengan jalan mengaibkannya di hadapan khalayak masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam keadaan masyarakat kita mutaakhir ini ,yang mana hadirnya mereka ini daripada pelbagai latar belakang dan pemahaman mengenai Islam. Adakah mereka ini harus berada di tengah-tengah konflik dua hala yang berlaku tatkala siri serang menyerang dan bidas membidas sesama alim ini..? Alimkah mereka-mereka yang suka mencari kesalahan orang lain..? Berilmukah mereka-mereka yang suka bidas membidas dengan tanpa menghiraukan aib saudara seaqidahnya..? Mujahidkah mereka-mereka ini dalam pada menimbulkan syak wasangka dari kalangan mad'u yang hadir dari pelbagai latar belakang agama..?


Ya, yang salah harus ditegur, dan yang silap harus diperbaiki. Nabi Muhammad saw telah memberikan kita panduan dan tauladan terbaik melalui sunnah yang baginda tinggalkan. Baik melalui kata-kata dan perbuatan baginda, segalanya adalah cermin buat kita sebagai panduan kedua selepas Al-Quran. Menegur ada caranya, ada batas dan adabnya. Janganlah kita digolongkan dari golongan-golongan yang hidupnya mencari ilmu keserata alam semata-mata untuk menunjuk nunjukan kehebatan diri. Jadilah insan yang memberi sebanyak-banyaknya, bukan insan yang hanya menerima sebanyak-banyaknya namun tidak beramal dengan apa yang diterimanya. Wallahualam..