Jumaat, 12 Februari 2010

Nasib Generasi Mendatang




Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera (ceh, integrasilah sangat konon). Diharapkan agar sahabat/biah sekalian sihat2 hendaknya. Untuk perkongsian after reunion ni, saya nak jemputlah kalian untuk berfikir sejenak bersama saya, bukan nak paksa kalian, tapi sekadar nak membuang masa kalian ajer (mesti ada yang duk menyumpah ni), berfikir mengenai satu isu yang masih belum selesai. Sememangnya dari awal pergelutan ini kita dapat menyaksikan pelbagai isu di komentarkan, banyak pendapat2 yang disuarakan, namun itu semua adalah suara hati dari setiap individu yang beanggapan isu ini adalah suatu perkara yang teramat mustahak (isu aper lah pulak budak hini).

Saya tak hingin menimbulkan sebarang spekulasi yang mana ianya akan membuatkan segelintir pihak lain akan terasa, cukuplah kalau saya sekadar berbicara "as a muslim", tanggungjawab seorang muslim terhadap Penciptanya.

(Mendalah budak ni nak ngoyak ni) Isu penggunaan kalimah Allah di dalam tabloid katholik bagi saya adalah merupakan suatu perkara yang wajib diberi perhatian. Sehingga ke harini, banyak pihak yang bertanggungjawab telah menentang penggunaan kalimah tersebut bagi mempromosi sesuatu agama selain dari Islam, sememangnya bagi mereka2 yang berfikiran singkat (orang Islam lah) akan menyatakan "alaaa, tak kan isu ni pun nak diperbesarkan" sememanganya meraka ini adalah dikalangan manusia2 yang jahil. Sedar atau tidak, isu ini ibarat barah, yang mana diawal ketumbuhannya sekadar percisan yang tidak mampu mengubah aper2, namun adakah kita terfikir bagaimana dengan generasi kita dimasa hadapan..? tidakkah barah yang seawalnya halus akan berubah menjadi suatu petaka dikemudian hari..?

Selaku Muslim, wajib kita fikirkan nasib generasi kita dikemudian hari, jika saat ini pun kita dah terlalu hampir dengan "yaum saah" "hari pengakhiran", apatah lagi generasi kita dimasa hadapan (entah faham ker tidak kalian ni:p) Masalah keruntuhan akidah, kemasukan ideologi2 liberalisem, sister in Islam, ajaran-ajaran sesat dan banyak lagi faktor mendorong keruntuhan akhlak dan akidah generasi kita akan datang, sedikit sebanyak kita adalah penyebab runtuhnya modal insan dimasa hadapan. Fikirkanlah wahai "sobat" apa yang akan berlaku sekiranya kita terus memeluk tubuh tanpa menghiraukan nasib akidah anak bangsa generasi kita

Khamis, 11 Februari 2010


Assalamualaikum wbt buat seluruh sahabat sahabiah yang sudi bertandang ker pondok usang saya ni. Setelah sekian lama menyepi dari dunia cyber, sekarang tibalah masanya untuk saya kembali, kembali mewarnai alam maya dengan pendapat dan pandangan yang mana bagi saya tak lah besh mana pun, sekadar tatapan dan luahan semata.

Sejak kebelakangan ni, kita telah disajikan dengan pelbagai isu dan perkara, baik isu dan perkara yang penting mahupun tidak lumrahnya itulah santapan kita, hawa fikiran kita.. (pening nak karang ayat ni sebab dah lama tak mengarang) :p

InsyaAllah, semoga apa yang dirancang akan dipermudahkan oleh NYA Robbul Izzati hendaknya. Untuk melabuhkan tirai reunion ini, sudilah kiranya saya berkongsi sedikit isu yang mana bagi saya tidak kurang mustahaknya, saya nak bawa sahabat/biah sekalian untuk berfikir mengenai sesuatu (suspen tak?) erm, ia adalah berkaitan dengan suatu berita yang kita sendiri tidak mengetahui akan kebenarannya, (contohnya kes yang masih di dalam perbicaraan mahkamah) tidak perlulah untuk saya menghuraikan dengan lebih terperinci akan berita tersebut, cumanya saya nak kalian berfikir dengan matang sekiranya sangkaan kita atau tuduhan yang kita lontarkan itu adalah salah sama sekali, apakah kita dikalangan penyebar berita ifqi (berita bohong) sama seperti berita fitnah ke atas isteri Nabi Muhammad saw iaitu Saidatina Aisyah. Fikirkan yer Sobat2 sekalian..


Jumaat, 11 September 2009

Ada apa dengan "Sikap"


(Sekadar gambar hiasan)

Mencari damai dihati tatkala sepi menyelubungi, hentakan, sepakan, pukulan, dan serangan yang bertalu-talu dari pelbagai sudut terus membuatkan aku terduduk memuhasabah kembali diri yang sememangnya alpa dan lalai ini. Alpa dan lalai dalam mencaturi ihsan dalam diri, mungkin inilah sebab, mengapa aku terus termengu bersendirian. Teringat aku akan peristiwa yang berlaku disiang hari tadi, jenuh aku melontarkan pertanyaan demi pertanyaan yang berbentuk serangan kearah sahabat-sahabat ku (bukan serangan sebarangan tau) serangan ahli kepada kepimpinan persatuan pelajar, alah benda biasa yang kalian akan saksikan tatkala mensyuarat agung berlangsung. Namun, apa yang aku kesali adalah sikap dan ego aku, soalan demi persoalan yang aku ajukan tue sebenarnya demi apa..? adakah soalan yang berbentuk cadangan..? ataupun berbentuk ujian..? ataukah hanya sekadar nak mengenakan..? sedangkan keseluruhan pimpinan tersebut adalah sahabat-sahabat ku sendiri, ahli keluarga ku sendiri (yerlah, kami yang berada di pekan Shibin ni berapa kerat lah sangat, dah macam adik beradik bukan kandung dah).


Ahh.. sikap, mungkin inilah sikap yang ada pada aku, erm, ataupun sikap yang juga ada pada kalian, pada diri kalian, dan pada hati kalian (ehh.. jangan terasa lak yer, aku agak-agak jer). Sikap yang sepatutnya tidak sesekali menjenguk kedasar hati seorang pejuang agama, sikap yang seharusnya dikekang oleh diri-diri sang mujahid fi sabilillah.. Namun itulah, semakin dipagari, semakin menjadi-jadi lantangan diri dek kerana sikap yang bertemasya dengan hidangan ego (tinggi lak bahasa mamat ni harini). Adakah sikap sebegini harus ada dalam diri seorang pejuang..? apakah perlu seorang murabbi punyai ciri-ciri hati seperti ini, suka membolak balikkan pertanyaan sekadar niat ingin menguji..?


Betapa beruntungnya hati-hati yang punyai nilai rendah diri, rendah diri dalam mencaturi setiap titik perjalanan kehidupan. Rendah diri dalam peribadahan , rendah diri dalam pergaulan, rendah diri di dalam setiap hal siluk biluk likuk pikuk pementasan hakiki sebelum diakhiri dengan kematian.. Aku..? adakah aku tergolong bersama mereka-mereka yang keberuntungan memiliki sikap rendah diri..? kalian..? adakah kalian juga keberuntungan memiliki sikap yang sedemikian..?


(Aduyai ustaz ni, duk bagi hangat betullah..) bukan duk bagi hangat, tapi duk buat perangat. Bukan nak sangat perangat kan diri kalian, tapi buat tatapan diri sendiri sebenarnya, alang-alang menceluk pekasam biarlah sampai kepangkal lengan. Alang-alang mandi biar basah. Jadi alang-alang duk perangat, biar sampai hangat, alang-alang merasa biar semua pun kena (jangan marah yer, sekadar salingan santapan jiwa). Duk selam tak selam ni, dah masuk hari kesepuluh akhir Ramadhan kita menyelami bulan barakah ini, namun, sekadar mana kita memuhasabah diri kita yang penuh dengan sikap-sikap negetif ini..? sejauh mana pelayaran kita di bulan pengampunan ini menyoroti denai-denai keinsafan diri setelah berbulan-bulan meneguk pelbagai kesalahan, selepas berbulan lamanya menyantap santapan dosa-dosa..? (Banyak betul kesalahan dan dosa budak ni kan) yer... kita tidak tahu sejauh mana ketelanjuran diri dalam menghadapi liku-liku kehidupan ini... Jadi, manfaatkan lah akhir-akhir Ramadhan ini dengan memuhasabah kembali diri, terus memohon keampunan dari-Nya yang Maha Esa, sedangkan Nabi Muhammad saw Habibullah itu pun tidak pernah leka dari memohon keampunan dari Allah swt. Inikan pulak kita, hamba biasa yang sering lalai dengan kehidupan dunia sementara...

Wallahualam...

Ahad, 6 September 2009

Murabbi


"Biarku menjadi lilin"
... Sejauh mana pemahaman ku akan istilah perkataan "lilin". Sekadar berguna tatkala kegelapan, mungkin bilamana "black out", atau juga mungkin kerana litar pintas yang berlaku diwaktu malam. Saat-saat beginilah lilin amat diperlukan... (Itu saja ker kefahaman aku mengenai kalimah lilin ni..?), nak aku berikan takrif, sempoi sangat kot, Lilin, suatu benda yang diciptakan khusus untuk menyalakan api... (Kalau begini takrifnya, budak tadika Methodist pun tahu)...


Jadi, apa maksudnya "biar aku menjadi lilin"..? mungkin dibenak pemikiran realiti seseorang manusia akan terfikir apa yang dimaksudkan di sini adalah berkait rapat dengan tugasan seorang guru, ataupun cikgu, mungkin juga tok guru, pensyarah mungkin, erm.. hakikatnya, "biar aku menjadi lilin" mungkin kata hati seorang insan yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru, yang mana tugasnya adalah untuk menerangi kegelapan insan yang memerlukan cahaya..


"Kenapa tiba-tiba aku timbulkan soal lilin ni..?" nak kata sempena hari guru, bukan ke dah lepas.. (Mesti kalian akan dengan spontannya menyatakan yang aku ini buang tebiat). "Buang tebiat sungguh budak ni.." mungkin ini yang akan kalian suarakan betul tak...? Tapi, nanti dulu... Tak semestinya bilamana disebut dengan lilin, akan terus diperkaitkan dengan guru, cikgu ke, ataupun pensyarah...


Inilah kita generasi yang semakin hampir dengan generasi penutup kehidupan dunia, generasi yang semakin hampir dengan hari penghapusan segala kehidupan, sebelum bermula tiupan kebangkitan ke destinasi yang seterusnya. Terlalu cepat menghukum tanpa menyelidiki, segala perkara pasti ada makna tersurat dan tersiratnya. Untuk menjadi umat pembangun ummah, kita harus berfikiran jauh, jauh mencari yang tersirat disebalik sesuatu yang tersurat...


"Alamak, berpidatolah pulak sahabat kita ni...". Nanti, apa yang ingin dikongsikan bersama di sini adalah sikap keterbukaan kita, tatkala munculnya suatu perkara baru yang mana ianya jarang sekali kita temui, apatah lagi mengharunginya. "Biarku menjadi lilin" terlalu simbolik untuk kita ungkapkan, namun disebalik kata-kata ini, tersirat suatu hakikat yang terlalu besar maksudnya, terlalu mendalam sentuhannya, juga terlalu sukar menyempurnakannya.


Mendidik, Mengasuh, Mengajar, Menunjuk, Membawa dan sebagainya lagi adalah simbolik bagi suatu hakikat yang dapat dipetik dari tugasan seorang "lilin"... Mudah ker nak mendidik..? Berapa bayaran untuk tugasan mendidik..? Di kota ker dipedalaman harus ku mulai..? Sahabat sahabiah yang dikasihi sekalian, Nabi Muhammad saw adalah seorang pendidik, baginda saw juga adalah seorang "Murabbi". "Murabbi" adalah pendidik, dan pendidik adalah guru, tetapi tidak semestinya seorang guru ataupun pendidik itu "Murabbi". Justeru itu, letaklah matlamat untuk menjadi seorang "murabbi", bukan hanya sekadar menjadi seorang guru. Hakikatnya, "Murabbi" itu adalah seseorang pendidik, yang mana ia mendidik dek kerana satu sebab, iaitu demi mengapai keredhaan Ilahi...


"Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan kebenaran, sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi ingatan, tidak ada suatu umat, melainkan telah ada seorang pemberi peringatan di antara mereka" (Surah Faathir ayat:24)

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam" (Surah Al Anbia' ayat:107)


Wallahualam...


Sabtu, 5 September 2009

Sikap Segelintir Golongan Agama Mutaakhirin


(Sekadar Gambar Hiasan)

"Mengapa perlu ada golongan yang suka mencari dan meneliti kesalahan orang lain..?"
. "Adakah golongan yang sebegini merasakan diri mereka dah cukup sempurna untuk menjadi seorang khalifah di atas muka bumi Allah swt ini..?". "Golongan sebeginikah yang digelar Ulama..?". "Ataupun adakah Islam itu sendiri yang mengesa umatnya untuk mencari kesalahan orang lain..?"


Kenapa saya timbulkan persoalan demi persoalan seperti berikut..? Sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan bersama kalian adalah mengenai segelintir golongan ilmuan bidang agama (standard degree jer) yang mana mereka ini suka menyerang saudara-saudara mereka yang juga merupakan ahli golongan ilmuan bidang tersebut, biarpun mereka ini adalah merupakan dari kalangan pemegang ijazah khususnya, bilamana mereka ini ditaklifkan untuk berkongsi ilmu bersama masyarakat, pastinya tidak lekang dari melakukan kesalahan-kesalahan kecil dalam penyampaian mereka yang saya yakin ianya tidak mereka sengajakan.


Namun, kewujudan segelintir lainnya dari puak mengaji agama juga, tabiatnya suka membidas kesalahan-kesalahan yang tidak disengajakan ini dengan cara terbuka. Sepatutnya, adab orang menegur akan kesilapan saudaranya adalah dengan cara "bilhikmah" (beradab), bukan dengan jalan mengaibkannya di hadapan khalayak masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam keadaan masyarakat kita mutaakhir ini ,yang mana hadirnya mereka ini daripada pelbagai latar belakang dan pemahaman mengenai Islam. Adakah mereka ini harus berada di tengah-tengah konflik dua hala yang berlaku tatkala siri serang menyerang dan bidas membidas sesama alim ini..? Alimkah mereka-mereka yang suka mencari kesalahan orang lain..? Berilmukah mereka-mereka yang suka bidas membidas dengan tanpa menghiraukan aib saudara seaqidahnya..? Mujahidkah mereka-mereka ini dalam pada menimbulkan syak wasangka dari kalangan mad'u yang hadir dari pelbagai latar belakang agama..?


Ya, yang salah harus ditegur, dan yang silap harus diperbaiki. Nabi Muhammad saw telah memberikan kita panduan dan tauladan terbaik melalui sunnah yang baginda tinggalkan. Baik melalui kata-kata dan perbuatan baginda, segalanya adalah cermin buat kita sebagai panduan kedua selepas Al-Quran. Menegur ada caranya, ada batas dan adabnya. Janganlah kita digolongkan dari golongan-golongan yang hidupnya mencari ilmu keserata alam semata-mata untuk menunjuk nunjukan kehebatan diri. Jadilah insan yang memberi sebanyak-banyaknya, bukan insan yang hanya menerima sebanyak-banyaknya namun tidak beramal dengan apa yang diterimanya. Wallahualam..

Jumaat, 4 September 2009

Ramadhan, Bulan Mustajab Doa


Ujian demi ujian yang datang menimpa diri adalah merupakan tanda kasih sayang Sang Pencipta kepada hambaNya. Biarpun ujian yang melanda itu terlalu berat untuk dipikul, namun percayalah, pasti ada hikmah dikemudiannya. Apa jua hikmah disebalik segala kejadian itu pasti amat besar peringatan dan tauladannya. Baik hikmah disebalik ujian yang diberikan, ataupun dari apa jua yang dijadikan olehNya yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

"Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kukuh dan kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata. Untuk menjadi pengajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat) Allah" (surah Qaaf, Ayat : 7-8)

Alhamdunillah, dikesempatan terluang ini, dapat lagi saya mencoretkan kalam buat perkongsian bersama. Konsep doa dalam Islam acap kali kita dengari, baik melalui kuliah-kuliah agama mahupun majlis-majlis zikrullah. Namun, adakah kita ketahui keistimewaan dan faedah disebalik doa-doa yang kita mohon..? ataupun ia hanya sekadar ikut-ikutan, (orang lain berdoa, aku pun nak ikut berdoa). Ini adalah budaya kebiasaan yang berlaku di dalam masyarakat kita. Melakukan sesuatu perbuatan hanya bercerminkan persekitaran tanpa mengetahui akan hikmah disebalik perbuatan tersebut. ("Apakah dia Keistimewaan dan Faedah berdoa ya Ustaz..?") mungkin inilah persoalan yang akan kalian ajukan kepada saya setelah persoalan yang saya timbulkan sebelumnya..

Jadi di sini, ingin saya kongsikan bersama permata hikmah disebalik "Keistimewaan Dan Faedah Berdoa":-

1. Melalaui doa seseorang Muslim dapat mententeramkan jiwa dan mencurahkan segala harapan serta merasa insaf terhadap kelemahan diri di dunia fana ini serta menyedari bahawa masih ada lagi yang berkuasa untuk memberi pertolongan.

2. Satu tuntutan Allah sebagai ibadah.

3. Untuk menghilangkan penderitaan dan kegelisahana batin serta perasaan putus asa kepada jaminan Allah.

4. Dikasihi Allah bila selalu berdoa dan menghampirkan diri kepadNya.

5. Jalan untuk menambahkan kekuatan iman bila disedari ada tempat bergantungan.

6. Nabi Muhammad (saw) yang maksum sering berdoa melebihi 70 kali sehari semalam.

7. Merupakan satu jenis ikhtiar untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

8. Doa boleh menguatkan iman, menjernihkan hati, menggiatkan kerja, menambahkan kelazatan ibadah, memurahkan rezeki dan menjauhkan bala dan tipu daya musuh.

9. Doa sebagai senjata orang2 beriman dan otak segala ibadah.



Setelah megetahui akan keistimewaan dan faedah berdoa, mungkin persoalan ini pula yang akan kalian ajukan (Ustaz, adakah doa yang dipohon itu akan diterima oleh Allah..?) Jawapannya, bilamana kita memohon doa dari Sang Pencipta Yang Maha Kuasa, Maha Pengampun, Maha Penyayang, dengan penuh rasa keinsafan dan keikhlasan dalam diri kita, ditambah lagi di dalam beberapa keadaan, insyaallah dengan izin Allah Yang Maha Mengetahui, akan menerima doa -doa kalian. Namun kalian harus tahu dalam keadaan yang sebagaimanakah doa-doa akan terus dimakbulkan olehNya, insyaallah seperti berikut:-

1. Doa mereka yang dizalimi.
2. Doa orang tua dan kanak-kanak.
3. Doa ibu bapa kepada anak-anak.
4. Doa orang soleh yang bertaqwa.
5. Doa orang musafir yang diharukan.
6. Doa orang yang berpuasa.
7. Doa orang yang sakit.
8. Doa para malaikat dan para Rasul dan Nabi-nabi.
9. Doa raja atau pemerintah yang adil.



("Ustaz, adakah tanda-tanda yang menunjukkan doa kita tu dimakbulkan..?") erm, mungkin inilah persoalan yang seterusnya yang akan kalian ajukan (menurut firasat ana lah)... Jawapanya, kadang kala kita tidak mengetahui bahawa sesuatu doa itu diterima oleh Allah ataupun tidak, namun insyaallah ia masih boleh dikesan dengan wujudnya perkara berikut:-

1. Tercapai apa yang dipohon.
2. Dikurniakan sesuatu yang lebih baik dari apa yg dipohon.
3. Terpelihara dari sesuatu bala bencana.
4. Dimurahkan rezeki,hati tenteram dan mudah menjalan semua pekerjaan.



Namun, dalam pada itu, jangan kita alpa, dan terlalu yakin doa-doa kita akan sentiasa diterima dan diperkenankan oleh Allah swt, ("kenapa Ustaz cakap macam tu..?"), ini adalah kerana, ramai dikalangan kita yang sering menyatakan bahawa mereka selalu berdoa dan menadahkan tangan ke langit, boleh dikatakan hampir setiap masa bibirnya tidak lekang dari menyebut serta memohon doa kehadhrat Allah. Namun apa yang dihajati serta dipohon tidak pernah diperkenankan oleh Allah swt. Sahabat sahabiah sekalian, banyak sebab kenapa doa seseorang itu tidak diperkenankan oleh Allah swt, Antaranya:-

1. Terlalu banyak melakukan dosa.
2. Masih berada di dalam lingkungan maksiat.
3. Berdoa di tempat maksiat.
4. Tidak menunaikan kewajipan terhadap Allah swt.
5. Tidak mengamalkan isi kandungan Al-Quran.
6. Meninggalkan Sunnah Rasulullah saw.
7. Terlalu banyak tunduk kepada tuntutan nafsu syaitan.
8. Tidak menghindarkan larangan Allah swt.
9. Sikap suka mengumpat serta memaki hamun.
10. Tidak pernah bersyukur akan nikmat kurniaan Allah swt.
11. Derhaka kepada pemerintah yang adil.
12. Derhaka terhadap kedua ibu bapa.
13. Bersifat takabbur, riak, sombong dan sebagainya.



(Ooo.. begitu rupanya yer Ustaz, terima kasih di atas perkongsiaan ini Ustaz, alfu syukran..) Afwan.. dan kemungkinan inilah yang akan kalian lafazkan setelah berakhirnya perkongsian saya bersama kalian.. "Insyaallah, kalau ada peluang dan keizinan dariNya, bolehlah kita sama-sama duduk dan berkongsi ilmu lagi, insyaallah." Wallahualam..




Khamis, 3 September 2009

Harga Minyak Naik Lagi




(Harga petrol RON95 ditetapkan kepada RM1.80 seliter disebabkan kenaikan subsidi yang perlu ditanggung kerajaan)-kosmo online

Inilah fenomena akhir zaman bilamana ummahnya akan disibukkan dengan permasalahan konduksi yang dicaturkan oleh pihak-pihak tertentu. Adakah ini suatu agenda ataupun permainan politik semasa..? Sebagai masyarakat dan pengguna, saya pasti tersentak dengan pengumuman yang menyatakan harga emas hitam bagi kegunaan harian masyarakat Malaysia khususnya, akan dinaikkan mengikut klasifikasi tertentu.


Apakah motif disebalik kenaikan harga emas hitam ini..? seperti yang diulas oleh pemimpin nombor satu negara iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya "kerajaan komited untuk memberikan subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol yang dijual kepada rakyat. "Janji kami kepada rakyat ialah subsidi 30 sen tetapi subsidi itu pada masa ini lebih daripada 30 sen. Jadi perlu ada sedikit penyesuaian,".


Ucapan ini dirakam oleh pemberita dalam satu majlis pertandingan lagu satu Malaysia yang berlangsung di Bangunan Putra Perdana semalam. Apakah hanya disebabkan kelebihan subsidi ini menyebabkan harga petrol semasa di Malaysia juga meningkat...? Ataupun ada sebab musabab lain disebalik peningkatan harga pasaran semasa ini..? Kemungkinan juga ini adalah merupakan hadiah sempena sambutan hari kemerdekaan tanahair yang ke 51.


Rabu, 2 September 2009

Gejala Keruntuhan Akhlak Dikalangan Ummah Akhir Zaman


Tatkala Ramadhan menjelma, kita sering disajikan dengan berita-berita dari akhbar tempatan yang berkisar mengenai umat Islam tertangkap disiang hari kerana didapati tidak berpuasa. Mereka bukan sahaja tidak berpuasa, malahan turut berkongsi tabiat buruk tersebut di tengah-tengah khalayak tanpa segan silu. Bak kata pepatah, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua". Begitulah sandiwara bodoh masyarakat kita hendak lagi umat Islam seaqidah kita yang semakin hari semakin hilang rasa hormat dan rasa takut dalam meninggalkan kewajiban ibadah berpuasa yang telah dituntut oleh Allah swt kepada setiap hambanya.


Bertambah memalukan, kejadian sebegini adalah gelaja tahunan segelintir umat yang tinggal di dalam sebuah negara Islam. Walaupun pihak berkuasa telah memainkan peranan mereka dalam membenteras gejala haram ini, namun masih wujud "malaun-malaun" yang tidak bermoral tanpa sebarang rasa penyesalan melakukan maksiat yang pastinya ditegah oleh Islam.

Tiada lagi rasa malu kepada Sang Pencipta, malah turut tidak menghiraukan masyarakat sekeliling untuk melakukan maksiat terang-terangan ini. Apakah kita selaku insan yang beragama Islam hanya mampu sekadar menggelengkan kepala tatkala membaca artikel sebegini..? adakah sehingga ianya terpalik kepada kita tatkala keruntuhan moral ini berlaku di dalam keluarga kita..? Marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam mencegah kemungkaran yang pastinya ia adalah tugas kita selaku saudara seagama.


Puasa, Iman Dan Taqwa




Kalau solat menjadi tanda aras dan kayu ukur penganut ajaran Tauhid, nescaya hal ini sukar kita bincangkan. Ini kerana, sukar kita melihat penganut agama, selain Islam melakukan solat.

Walaupun sesekali kita pernah terdengar dan membaca bahawa di sana, ada beberapa penganut agama Yahudi misalnya pernah bersolat seperti penganut Islam juga. Tetapi, dalam realiti sekarang, sulit untuk kita perhatikan gerak laku solat penganut agama lain yang mirip kepada Islam.

Al-Qur'an yang merincikan solat penganut agama lain dengan penganut Islam terletak pada surah Ali Imran ayat 43.

"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan solat) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

Ada riwayat yang menyatakan bahawa solat yang mempunyai rukun rukuk di dalam solat ialah solat penganut Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana solat penganut Nasrani tidak mempunyai rukuk. Wallahu'alam..

Menurut sesetengah pendakwah dan penceramah yang dahulunya Kristian Nasrani, pernah menyatakan bahawa Nabi Isa a.s menunaikan solat; suatu upacara keagamaan, ajaran Tauhid yang berasal daripada Ibrahim a.s.

Bagaimanapun, ciri-cirinya yang asli telah luput ditelan gelombang putaran ganas dan keasliannya rupa parasnya telah pudar dilapah arus masa.

Puasa, lambang amalan agama samawi

Oleh kerana, dialog mengenai agama di negara kita belum mencapai tahap yang baik, maka ada beberapa hal perbincangan yang tidak dapat kita lanjutkan di sini.

Bagaimanapun, tetap sahaja ada amalan agama Islam yang masih sama dan mirip kepada ibadat penganut Islam, iaitu puasa.

Manakala, amalan-amalan lain seperti solat, zakat dan menunaikan fardhu haji tidak mirip kepada amalan penganut lain.

Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.

Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.

Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana, orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan. Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan berada dalam Islam. (Ali Imran: 102)

Juga kepada orang yang beriman itu, Allah s.w.t meminta mereka bertaqwa dengan cara menyatakan perkara yang benar walaupun pahit didengar. Ini kerana, orang yang beriman pun belum tentu dapat menyatakan perkara yang benar.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, maka Allah memperbaiki bagi amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.." (Al-Ahzab: 70 - 71)

Maka, hendaklah orang-orang yang beriman itu berjuang mendapatkan tempat di martabat ketaqwaan. Ini kerana, hanya yang mampu menyatakan kebenaran itulah yang layak digelar mencapai darjat ketaqwaan.

"Wahai orang-orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan setiap orang hendaklah perhatikan apa yang telah diperbuatkan untuk hari esok (akhirat).." (Al-Hasyr: 18)

Orang-orang yang beriman turut diseru mencapai darjat ketaqwaan dengan menyediakan amalan sebagai bekalan untuk hari akhirat mereka. Ini kerana, ramai orang beriman, tetapi seperti tidak mengendahkan amalan mereka untuk akhirat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan segala kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfal: 29)

Kita biasa berdepan dengan kebuntuan hidup dalam kehidupan. Seolah-olahnya mereka gagal mengenal mana satu berlian dan permata, yang mana intan dan yang mana kaca. Mana yang betul dan salah.

Dan, kita seperti tidak berupaya mencari penyelesaiannya. Kenapa jadi begitu, walhal kita telah mengaku beriman kepada Tuhan? Mustahil Tuhan akan meninggalkan orang-orang yang beriman itu teraba-raba dalam mencari jawapan terhadap setiap permasalahannya itu.

Maka, jawapannya ialah - orang yang beriman yang ditimpa permasalahan tadi, masih tidak mencapai darjat ketaqwaan. Dan jika orang yang beriman itu bertaqwa, maka nescaya Tuhan menunaikan janjinya dengan cara memberikannya petunjuk.

Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

Perbezaan lain antara orang yang beriman dan bertaqwa itu ialah insan yang beriman itu masih lagi tidak membebas diri daripada sikap prasangka, mengumpat dan mencela saudara mereka, mencari-cari keaiban orang lain untuk dihebah.

Maka, orang yang beriman dan telah sempurna jiwanya kerana kerohaniannya melompat ke darjat ketaqwaan itu, akan bersih lidahnya daripada mengumpat dan telinganya dibersihkan daripada mendengar keaiban orang lain.

Ada banyak lagi perbezaan sikap antara orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dan, seperti yang termaklum, amalan puasa itulah antara salah satu daripada amalan yang mampu meletakkan kerohanian seseorang ke darjat ketaqwaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan dan kewaspadaan.

Orang yang berpuasa, digalakkan untuk tidak mencampuri urusan mendengar keaiban orang lain, selalu menyibukkan dirinya dengan zikrullah dan wirid.

Jika semua ini tercapai, maka lahirlah sikap suka menegakkan kebenaran, menyatakan yang benar di depan pihak berkuasa, kerap muhasabah tentang bekalan akhirat dan lain-lain ciri ketaqwaan yang lain.

Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.

Amalan berwirid dan berzikir di bulan Ramadhan akan menyebabkan kita kembali kepada fitrah yang suci dan asal, jika dilakukan dengan sempurna dan ikhlas menuju rahmat Allah.

Ramadhan Karim



Assalamualaikum buat semua....Alhamdulillah sempat juga saya melayari blog ini untuk berkongsi bersama teman-teman...

Sedarilah akan kedatangan bulan yang penuh dengan rahmat ini. Jangan kita lepaskan peluang untuk mengecapi kurniaan Allah kepada kita dengan kedatangan bulan Ramadhan...

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma:

أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )

Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, "Amin, amin, amin".

Para sahabat bertanya."Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?" Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : 'Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!', maka aku berkata : 'Amin'.

Kemudian Jibril berkata lagi. 'Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin’ ".

Kemudian Jibril berkata lagi.'Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin'."

[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]


Mudah2an TAQWA milik kite....Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua....


Assalamualaikum Wbt


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Permulaan irama bermuqaddimahkan tarian jari jemari dalam mengukir kata-kata demi sambutan alu-aluan buat sang sahabat yang sudi bertandang ke mahligai da'ie yang serba kekurangan ini.. Ahlan Wasahlan Wa Marhaba Bikum.. Alfu Syukran Alikum..