Ahad, 6 September 2009

Murabbi


"Biarku menjadi lilin"
... Sejauh mana pemahaman ku akan istilah perkataan "lilin". Sekadar berguna tatkala kegelapan, mungkin bilamana "black out", atau juga mungkin kerana litar pintas yang berlaku diwaktu malam. Saat-saat beginilah lilin amat diperlukan... (Itu saja ker kefahaman aku mengenai kalimah lilin ni..?), nak aku berikan takrif, sempoi sangat kot, Lilin, suatu benda yang diciptakan khusus untuk menyalakan api... (Kalau begini takrifnya, budak tadika Methodist pun tahu)...


Jadi, apa maksudnya "biar aku menjadi lilin"..? mungkin dibenak pemikiran realiti seseorang manusia akan terfikir apa yang dimaksudkan di sini adalah berkait rapat dengan tugasan seorang guru, ataupun cikgu, mungkin juga tok guru, pensyarah mungkin, erm.. hakikatnya, "biar aku menjadi lilin" mungkin kata hati seorang insan yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru, yang mana tugasnya adalah untuk menerangi kegelapan insan yang memerlukan cahaya..


"Kenapa tiba-tiba aku timbulkan soal lilin ni..?" nak kata sempena hari guru, bukan ke dah lepas.. (Mesti kalian akan dengan spontannya menyatakan yang aku ini buang tebiat). "Buang tebiat sungguh budak ni.." mungkin ini yang akan kalian suarakan betul tak...? Tapi, nanti dulu... Tak semestinya bilamana disebut dengan lilin, akan terus diperkaitkan dengan guru, cikgu ke, ataupun pensyarah...


Inilah kita generasi yang semakin hampir dengan generasi penutup kehidupan dunia, generasi yang semakin hampir dengan hari penghapusan segala kehidupan, sebelum bermula tiupan kebangkitan ke destinasi yang seterusnya. Terlalu cepat menghukum tanpa menyelidiki, segala perkara pasti ada makna tersurat dan tersiratnya. Untuk menjadi umat pembangun ummah, kita harus berfikiran jauh, jauh mencari yang tersirat disebalik sesuatu yang tersurat...


"Alamak, berpidatolah pulak sahabat kita ni...". Nanti, apa yang ingin dikongsikan bersama di sini adalah sikap keterbukaan kita, tatkala munculnya suatu perkara baru yang mana ianya jarang sekali kita temui, apatah lagi mengharunginya. "Biarku menjadi lilin" terlalu simbolik untuk kita ungkapkan, namun disebalik kata-kata ini, tersirat suatu hakikat yang terlalu besar maksudnya, terlalu mendalam sentuhannya, juga terlalu sukar menyempurnakannya.


Mendidik, Mengasuh, Mengajar, Menunjuk, Membawa dan sebagainya lagi adalah simbolik bagi suatu hakikat yang dapat dipetik dari tugasan seorang "lilin"... Mudah ker nak mendidik..? Berapa bayaran untuk tugasan mendidik..? Di kota ker dipedalaman harus ku mulai..? Sahabat sahabiah yang dikasihi sekalian, Nabi Muhammad saw adalah seorang pendidik, baginda saw juga adalah seorang "Murabbi". "Murabbi" adalah pendidik, dan pendidik adalah guru, tetapi tidak semestinya seorang guru ataupun pendidik itu "Murabbi". Justeru itu, letaklah matlamat untuk menjadi seorang "murabbi", bukan hanya sekadar menjadi seorang guru. Hakikatnya, "Murabbi" itu adalah seseorang pendidik, yang mana ia mendidik dek kerana satu sebab, iaitu demi mengapai keredhaan Ilahi...


"Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan kebenaran, sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi ingatan, tidak ada suatu umat, melainkan telah ada seorang pemberi peringatan di antara mereka" (Surah Faathir ayat:24)

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam" (Surah Al Anbia' ayat:107)


Wallahualam...


0 Cadangan:

Catat Ulasan